Friday, June 12, 2009

Agar-agar gula melaka lapis sagu


Mek masak agar-agar gulamelaka lapis sagu. Tapi tersedikit lak sagu dia.Nampak tak lawa.Lain kali nakletak sagu banyak-banyak.Mek taruk santan kotak ja.

Apam marmar lagi

Bekas-bekar pelajar nak datang berkunjung hari ni. jadi mek masakla kegemaran dia orang iaitu apam marmar. Upon request ni. Kali ni taruk warna kunig dan merah. Wah meriah sekali.

Nyum nyum, gebu dan lembut.



Tapi kenapa berlubang dan berkedut ya?Mek dah tutup tudung pengukus dengan kain.


Sagu Gula Melaka


Sedap sungguh sagu gulamelaka ni. Tambah ketulan ais, makan tak ingat dunia. Nyaman ja masuk tekak.Kegemaran hubby dan anak-anak. Hubby makan 3 ketul sekali gus dan hirup sirapnya sampai habis.


Tak jemu memakannya.
Resipi biasa ja.Sagu yang dimasak(rendam dulu 2 jam).Tapis dan siramkan dengan air sejuk. Masukkan dalam acuan. Sediakan sirap gula melaka dengan memasak gula melaka dalam air dan daun pandan.Untuk santan mek guna santan kotak rendah lemak yang ditaruk sedikit garam.

Jalan-jalan ke Pulau Pinang


Cuti sekolah hari tu hubby ada urusan di Pulau Pinang, jadi sempena cuti sekolah ni, anak-anak minta nak ikut sama. Nak pegi lama pun tak seronok sebab anak no 2 tak cuti. Jadi kami pegi semalaman ja la.Hubby tempah dua bilik kat RECSAM. Cantik biliknya dan berpatutan pula sewanya. Dekat pula dengan kafeteria yang menyediakan belbagai makanan yang sedap dan dengan harga yang berpatutan.

Bilik yang selesa.Ada TV set, 2 buah meja tulis dan 2 buah almari. Sebab yang double dah fully booked jadi kami ambil 2 bilik single.


Nice combination of colours


Refleksologi untuk tapak kaki. sakit woo jalan atas ni.


The rooms

The view

The office
Lepas tu sebelum pulang kami ke Botanic Garden.Memang selalu bawa anak-anak ke sini. Kali ni pegi waktu pagi. Seronok sungguh.Cantik pemandangan dan udara pun segar.

Ada air terjun lagi

Fascinating




Floral Fest baru ja berakhir. Tapi sempat juga jamu mata dengan bunga-bunga yang cantik ni. wow! Breathtakingly beautiful.

Amazing

Wonderful









Cantik sungguh





















Tuesday, June 9, 2009

Puding koko Cream crackers

Hari ni anak sedara hubby yang baru kahwin nak datang. Tak tau apa nak masak sebagai pemanis mulut untuk pasangan yang berdarah manis tu. So fikir punya fikir gunalah bahan-bahan yang mana ada. Jadi buat lah puding cream crackers ni. Resipi sama je dengan resipi puding krim kraker peach tu. Cuma peach digantikan dengan 1 sudu besar serbuk koko yang dikisar bersama susu cair, telur dan 6 keping biskut cream crackers.
Rasa boleh la tahan jugak.

Monday, June 8, 2009

Kari Kepala Ikan

Kelmarin hubby nak makan kari kepala ikan. Sebab dia kerja so dia suruh la mek buat.Mek pun buat ikut resipi orang utara.Mujur la jadi.
Mek guna resipi biasa ja.Tak taula orang lain masak macam mana.Mungkin lain sedikit bahan-bahannya.
Inilah resipi yang mek guna:
Bahan-bahan:
  • Kepala ikan
  • 11/2 paket rempah kari dari 3 jenis jenama (1/2 peket dari setiap satu)
  • 1 mangkuk sederhana santan
  • garam dan gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 helai daun pandan-optional
  • 2 sudu besar minyak
Bahan tumis;
  • 1/2 sudu teh halba campur
  • 1 ulas bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-mesin
  • 3-4 ulas bawang merah-mesin
  • 2 tangkai daun kari
  • Cili mesin (ikut pedas) -mek letak 1 sudu besar
Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,halba campur dan daun kari sehingga layu.
  2. Masukkan bawang putih dan merah yang telah dimesin halus.
  3. Masukkan cili mesin dan tumis sekejap.
  4. Masukkan serbuk kari yang telah dicampur sedikit air. Tumis sehingga betul-betul masak -mek selalu tumis selama 5 minit.
  5. Setelah naik minyak, masukkan kepala ikan yang telah dibersihkan dan renihkan sekejap.
  6. Kemudian masukkan daun pandan dan santan. Tunggu sehingga mendidih dan dikacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.
  7. Masukkan garam,gula danair asam. Rasa masin, manis dan masamnya.
  8. Kecilkan api dan renehkan sehingga naik minyak. Angkat.