Monday, June 1, 2009

Agar-agar kokopi





Ini lah projek pertama mek selepas operation hari tu. Mek masih lah berpantang kiranya. Tapi keinginan nak memasak tu berkobar-kobar. Jadi, mek pun masaklah agar-agar simple ni. Mek namakan kokopi sebab mek campur koko dan nescafe untuk perisakan agar-agar tu. Ni lah dia, anak-anak mek suka sangat.



Ini resipi simple mek:
Bahan-bahan:
  • 1 peket agar-agar serbuk (10gm/11gm)
  • 600 ml air
  • 200 gm gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu makan serbuk koko (mek guna van houten)
  • 1 sudu teh nescafe
  • 2/3 helai daun pandan
  • secubit garam (sikit ja..tak boh pun tak pa)

Cara nya:

  1. Masak agar-agar bersamaair, gula dan daun pandan sampai mendidih.
  2. Serbuk koko dan nescafe dibancuh dengan sedikit air panas ( agak2 larut).
  3. Tuangkan susu cair dan campuran koko nescafe tadi ke dalam agar-agar
  4. yang sedang mendidih tu.
  5. Kacau selalu, satgi dia membuak.
  6. Masukkan secubit garam. Kacau lagi.
  7. Buangkan simpulan daun pandan dan tuang agar-agar ke dalam acuan. Sejukkan dan makan.
  8. Lagi sedap dimakan sejuk-sejuk.


No comments: