Saturday, June 6, 2009

Ais Kacang

Kelmarin mek pi kenduri rumah rakan setugas. Anak dia kahwin.Selepas kenduri mek terus pergi hantar anak nombor 2 ke tempat pengajian dia di Kolej Matrikulasi Changlun nun. Kat Chanlun nun ada sebuah kedai(atau boleh dikatakan gerai kut) yang jual cendol sedap. Nasi goreng dia pun sedap sebab ada taruk bunga kantan, rasa cam nasi goreng kerabu Sesuai sangat dengan tekak mek. Maka pergila dengan harapan nak makan cendol, rupa-rupanya tutup,maybe sempena hari keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Berkecai la harapan. Masa balik suami mek pun bawa pi medan selera dekat dengan pasaraya Giant tu. Kat situ ada jual cendol. Tertunaila hajat, walaupun servis lambat sungguh, mungkin sebab depa baru buka. Aih-alih bila sampai ja order mek terus makan,lupa nak snap gambar. Jadi mek letak ja la gambar ABC ni, yang ni anak lelaki mek yang order, sambil tu makan cucur udang, sedap gak.

No comments: