Tuesday, June 2, 2009

Kebaikan mangga/mempelam/pauh


Mek memang hantu mangga.Pantang jumpa mesti mek beli.Yang paling mek suka harum manis tu.Kenala pegi Perlis kalau nak beli. Tapi kadang-kadang mahal harganya. Tapi mek tak kisah tu semua sebab rasanya memang out of this world. Bertepatan dengan nama dia, harum dan manis. Selepas operation ni mek memang banyak makan buah-buahan untuk bekalan vitamin dan mineral. Mek banyak baca pasal kebaikan mangga ni, (atau orang kelantan panggil pauh). Mangga ni katanya baik untuk kulit. Sebab tu mek tak buang terus kulit mangga yang mek kupas, mek sapu di muka dulu, biarkan seketika dan bilas.Disamping membekalkan serat, mangga juga boleh membekalkan bermacam jenis vitamin.
Mangga katanya baikuntuk diambil oleh orang yang baru lepas bersenam untuk menggantikan garam,mineral dan vitamin.
Antara kandungan mangga ialah phenols, sejenis antioksida dan anti kanser yang kuat. Mangga juga tinggi kandungan zat besi, baik untuk ibu-ibu mengandung dan orang yang kurang darah katanya. Mangga berkesan untuk menyelesaikan masalah pori-pori tersumbat. Ia rendah kandungan karbohidrat tetapi tinggi kandungan vitamin A, E dan selenium yang boleh membantu melindungi jantung dan lain-lain penyakit.Itu sedikit info yang mek baca la.Kalau nak lebih detail boleh klik sini, Mangoes.

No comments: