Saturday, June 6, 2009

Kue Teow goreng ringkas


Malam tadi anak sulung mek teringin nak makan kue teow goreng.Kalau ikut dia nak beli ja kat medan selera tu, tapi suami lebih suka goreng sendiri.Jadi masa kami dok habis kan makanan kat medan selera, suami mek pegi pasaraya Giant beli bahan-bahan untuk goreng kue teow.Suami mek dulu pernah berniaga jual mee,bihun dan kue teow goreng.Jadi dia memang pandai la masak benda-benda macam ni. Tapi malam tadi dia masak ringkas ja sebab bahan-bahan tak cukup.Kalau masa berniaga dulu suami mek kata dia mesti taruk kacang tumbuk masa goreng mee atau bihun.Nanti ada rasa lemak-lemak sikit.
Kue Teow goreng ringkas (sukatan mek tak pasti,sebab agak-agak ja)
  • Sebungkus kue teow (basuh dengan air panas dan tos)
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Cabai kering (ikut pedas)
  • Stok daging/ayam -sedikit saja(boleh guna yang kiub tu)
  • Bebola ikan-potong dua
  • Sayur -sawi,taugeh,carrot atau apa yang ada-potong
  • Isi ayam atau-potong kecil-kecil daging (yang ni suami guna daging kerbau)
  • 1 biji telur
  • Kicap lemak manis-ikut kesesuaian rasa
  • Gula
  • (Garam tak letak sebab kicap dan stok ayam dah masin)
  • Minyak masak
Hiasan:
  • Daun bawang/Daun sup-potong
  • Bawang goreng
  • Lada merah-dihiris halus
  • Tomato-dihiris nipis
Cara-cara:
  1. Bawang besar,bawang putih dan lada kering dimesin berasingan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili yang dimesin, tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan stok ayam, kicap,garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan bebola ikan dan ayam atau daging dan sedikit air.Biarkan mendidih sekejap.
  6. Selepas itu masukkan kue teow dan sayur-sayuran. Gaul sebati.
  7. Kaiskan kue teow ke tepi dan pecahkan telur dalam kuali. Tutup telur dengan kue teow dan biarkan sekejap.
  8. Gaul sebati, rasa masin manisnya dan angkat.
  9. Hidangkan bersama bahan hiasan dan sambal kicap kalau suka.
Suami mek kalau makan kue teow/bihun atau mee goreng mesti ada sambal kicap.
Bahan sambal kicap:
  • 3-4 biji cili api
  • Kicap lemak manis
  • Limau nipis-sebelah (atau kalau takde guna ja cuka)
  • 1 sudu kecil minyak zaiton
cara membuatnya:
  1. Cili padi dipotong kecil-kecil.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk, campurkan kicap, perahan limau nipis dan minyak zaiton.
  3. Gaul sebati. Seeloknya dibuat sambal kicap dulu sebelum menggoreng kue teow supaya rasa kicap dan asam limau meresap ke dalam cili. Sedap tau


No comments: