Wednesday, June 3, 2009

Sup sayur


Ini sup sayur masakan anak dara mek gak. Mek mana leh buat kerja berat-berat lagi. Tak berani sangat sebab kata doktor luka jahitan kat dalam belum sembuh lagi. Mek masih berpantang mana yang mampu.Jadi selepas operation, boleh dikatakan setiap hari mek makan sup sayur, untuk pembinaan sel. Lagi pun sayur-sayuran baik untuk kesihatan sebab mengandungi vitamin dan mineral penting untuk badan kita. Untuk siapa-siapa yang nak maintain atau kurangkan berat badan, makan la banyak sayur. Yang paling mek suka, bayam, sawi, bunga kobis dan kobis cina. Kalau carrot dan timun atau tomato mek ratah macam tu aja.
Ini resipi yang mek belajar dari bonda mek. Boleh guna dibuat sayur lemak.Air digantikan dengan santan.
Resipi nya:
Bahan-bahan:
  • Berbagai jenis sayur (petola, timun dan tembikai muda pun boleh)-potong
  • Ikan mentah/rebus - ambil isi saja
  • Bawang putih-mayang
  • Bawang merah-mayang
  • Lada hitam- biji atau serbuk
  • Minyak masak - aku selalu guna minyak zaiton
  • Lada merah/cili api-potong
  • Garam dan gula
  • Air
caranya:
  1. Sayur dicuci bersih dulu, baru dipotong ikut suka
  2. Bawang merah ditumbuk bersama isi ikan dan lada hitam
  3. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  4. Masukkan air sekadar kita nak la, kena agak sebab sayur tu akan mengecut.
  5. Masukkan bawang yang ditumbuk tadi
  6. Bila kuah mendidih masukkan sayur-sayuran dan cili/lada
  7. Perasakan garam gula dan angkat.Sayur tak boleh masak lama nanti hilang zat.

No comments: